Saturday, March 13, 2010

BUAH MARKISA YANG MASAK MERANUM

Buah ini kebiasaannya menjadi potensi sebagai tanaman yang dikomersialkan. Dijual pada harga RM6 sekilo, membuatkan saya menjadi kisah.

Tumbuhan menjalar ini ditanam dengan suburnya oleh ayah mertua saya. Bukan diladang, hanya disekeliling rumah. Apa yang saya lihat, tumbuhan ini menjalar dan perlukan kayu atau pagar seperti yang di bina oleh ayah mertua saya sebagai tempat sokongan.


Berdaun rimbun memenuhi seluruh sokongan kayu tersebut. Buah mudanya berwarna hijau muda, kemudian bertukar kuning air dan apabila matang menjadi kuning terang seakan buah lemon. Buahnya berbentuk lonjong dan berbau harum apabila ranum. Setelah ditanam hampir setengah tahun, barulah kami dapat merasa buahnya.
Mempunyai struktur kulit yang keras, tetapi isi dalam yang sangat jernih.

Buah yang masih muda …

Di dalam kulit yang keras tadi mempunyai biji-bijian sebesar biji betik disaluti isi yang berwarna kekuningan dan jernih.

Mempunyai kombinasi rasa manis dan masam. Rasa yang unik. Rasa masamnya melebihi rasa manis. Buah yang masak meranum tidaklah terlalu masam berbanding buah yang baru handak matang berwarna kuning air.

Jadi, apabila diberi sebiji yang telah meranum oleh mertua saya, maka saya telah menjadikannya agar-agar markisa. Sungguh enak rasanya. Campurlah 2 atau 3 biji markisah ke dalam agar-agar, rasanya memang unik. Manis dan masam. Dikatakan kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.




No comments: