Thursday, February 25, 2010

TUMBUHAN KEKACANG YANG KUNING MENAWAN

umbuhan kekacang tanaman tutup bumi ini sangat digemari kebanyakkan orang. Digunakan sebagai tanaman landskap dikebanyakkan rumah kongsi kawasan ladang mahupun perumahan.

Antara yang paling menawan adalah jenis Arachis Pintoi. Antara tumbuhan kekacang paling mudah dijaga, cepat membiak dan berbunga menarik. Menggunakan keratan batang sebagai cambahan. Tanam dengan meluas untuk pembiakan yang cepat.

Lihat struktur daun yang bujur lonjong, menjalar untuk memenuhi ruang kosong yang lain.

Berbunga sangat menarik. Mempunyai jejarum yang sepanjang 4 sentimeter berwarna putih untuk menampung sekeping bunga kecil dan menarik berwarna kuning terang. Dan jejarumnya akan berdiri tegak menampung bunga tersebut setiap pagi.



Cuba anda bayangkan sekiranya ia ditanam dikawasan 4’ x 4’. Dengan kombinasi warna yang menarik iaitu hijau, putih dan kuning, sungguh menawan hati. Halaman yang kosong sudah lengkap rasanya kalau dilatari dengan tumbuhan ini.

Warna yang menarik ini berjaya menarik minat ‘Sang Rama-Rama’. Di kampung saya, bunga-bunganya yang menarik ini menjadi ‘kegilaan’ ayam-ayam kampung untuk sarapan pagi.

Tapi sayang seribu kali sayang bunga yang menarik ini hanya bertahan untuk setengah hari sahaja. Menjelang petang dengan cuaca yang panas semuanya rebah ke bumi. Tapi jangan risau, ianya akan kembali berkembang esok pagi.

Dengan cuaca yang panas begini, eloklah disiram pagi dan petang. Cepat pembiakkannya nanti.

Disediakan oleh : Jull