Monday, December 21, 2009

Tanaman organik dari laman Anda

Bendi adalah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Enak dimasak bersama kari mahupun digoreng biasa.








Mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Bunga yang kembang mekar di tengah2nya terdapat sedikit warna merah hanya bertahan untuk tempoh setengah hari. Kudupan bunga yang jatuh dan seterusnya akan menghasilkan buah.



Buah yang sudah boleh dipetik beranggaran 10-12cm panjang. Ketika ini hujung buah masih lembut, hujung rapuh dan mudah untuk dipatahkan. Potong buah 2cm dari tangkainya, sekiranya tercedera lendir yang keluar akan merosakkan mutu buah.

Buah yang sudah berpulur seperti di atas, sudah tidak boleh dimakan. Buah yang sudah tua dan berpulur seakan bersabut isinya, elok dibiarkan kering di pokok untuk dijadikan anak benih. Pokok bendi amat mudah ditanam kerana kurang diserang penyakit mahupun perosak. Kebiasaannya di taman2 perumahan ramai yang menanam pokok sayuran ini sebagai laman dapur.




Panduan Menanam Bendi

Tanam biji benih sedalam anggaran 2.5cm di batas. Selubang masukkan 2biji benih. Pastikan jarak tanaman dalam anggaran 80-90cm dan selepas 2minggu cabutlah satu pokok yang kurang subur. Contoh rajah seperti di bawah.




Gambar anak benih bendi.


No comments: