Showing posts with label orkid. Show all posts
Showing posts with label orkid. Show all posts

Saturday, March 13, 2010

ORKID HARIMAU KENANGAN ARWAH ABAH

Ketika umur saya 7-8 tahun, arwah abah ada membawa pulang sepokok orkid. Bersungguh-sungguh saya tengok beliau menanam. Katanya ni pokok orkid rimau…..

Ditanamnya di dalam sebuah potongan kayu balak yang dalamnya telah dikosongkan. Jadi pelik saya, susahnya nak ditanam pokok ni. Kemudian dipenuhkan dengan arang-arang dan ketulan batu-bata…jenuh nak memenuhkannya tu.

Pokok tu sangat-sangat menjadi. Hidup subur dan beranak-pinak. Tapi saya tak nampak pulak baja apa yang ditaburnya. Akhirnya…. Pokok orkid rimau tu berbunga setelah 6 tahun arwah abah bela dengan kasih sayang….

Mak oiii.. terperanjat saya tengok bunganya…besar tuuu.. baunya wangi betul..patutlah orang kata tulah bunga orkid paling besar. Sampaikan jiran-jiran takut lalu depan rumah waktu malam…

Nilah orkid rimau saya…tanam dalam pasu je…


Pokok tu telah kami tinggalkan setelah arwah abah dijemput Ilahi.. Besar sangat. Mana orang angkat barang pindah tu nak ngangkut. Jadi saya ambil sedikit keratan Tapi tak mau hidup dia dengan keratan tu..Susah gak nak mencambahnya.

Sekarang setelah 12 tahun berlalu..saya teringat akan pokok orkid rimau arwah abah tu. Puas jugak saya cari, hampir setahun baru saya dapat. Saya beli yang saiz besar sikit dengan harga RM38...Kata arwah abah, tanamlah pokok dengan kasih sayang, Jadi bermulalah episod saya pulak menunggu pokok rimau saya ni berbunga. Tak kisahlah berapa lama…. Saya akan tetap menunggu….. AL-FATIHA buat Arwah Abah. Amin.






Anak pokok yang baru keluar…..alahai..


ORKID HARIMAU KENANGAN ARWAH ABAH



 




ORKID VANDA BERWARNA MERAH JAMBU

Sebenarnya orkid yang menawan ini telah saya beli selepas Hari Raya Puasa tahun lalu, di nursery berdekatan rumah mak saya di Kluang.

Saya suka warnanya yang cantik berbanding orkid lain di nursery tersebut. Ketika saya membawanya pulang dahulu, saya menggelarkannya sebagai “buah hati” mama kepada anak kecil saya Danish. Jadi Danish sudah tahu yang mana satu orkid buah hati mamanya.

Ketika baru dibeli dengan harga RM25 dia mempunyai 3 tangkai yang berbunga lebat. Setelah hampir 4 bulan beralih angin di bawa ke Melaka, buah hati saya itu akhirnya keluar juga permatanya. Tetapi hanya setangkai sahaja. Jadilah buat penyeri hati saya.

Sebenarnya saya tak tahu apa baja yang penting bagi orkid ini. Apabila saya taburkan najis kambing, mulalah dia punya daun nak kecut-kecut. Ada yang dah mati pulak. Tu yang buat saya panik. Kesudahannya, biarlah dia hidup dengan sendiri dengan disiram air pagi dan petang. Moga-moga akan keluarlah akar yang baru menjalar tanda semuanya subur.



Akar yang subur telah mula keluar

Zoom besar bunganya..

Tapi sesekali berbunga lama gak tahan tangkainya tu…..erm cantiknyer….hehe.

Monday, December 21, 2009

Orkidku yang sakit

Orkid mempunyai begitu ramai pengikut. Tapi bagi yang baru mengenali hobi ini menjadi satu kerumitan untuk menghadapi dan merawat penyakit-penyakit akibat dari serangan kulat terhadap pokok-pokok orkid ini. Seringkali pokok ini akan mati begitu saja, dan akan digantikan dengan yang baru.



Orkid ini adalah dari jenis Phalaenopsis. Orkid ini telah diserang kulat dan mendapat penyakit bintik hitam pada bunga. Kebiasannya bintik-bintik hitam ini diakibatkan daripada serangan kulat ataupun air hujan yang telah tercemar. Mungkin kerana keadaan hujan yang agak berterusan ketika ini, persekitaran terlalu lembab antara punca penyakit ini.




Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk merawat penyakit terhadap pokok orkid ini, kurangkan penyiraman air ketika cuaca lembab dan penyemburan racun kulat secara berkala perlu untuk rawatan awal.